Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk kita tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga. Simpanan yang dibuat itu pula perlulah mengikut kemampuan supaya konsisten dan mendapat manfaat yang dijanjikan.
Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan
yang sempurna. Pendidikan inilah yang mesti kita berikan kepada
anak-anak agar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi
meneruskan kehidupan alam dewasa sebaik mungkin. Tetapi harus diingat,
dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita
perlu menabung. Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk
melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012).
Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.
Tidak kira institusi pendidikan tinggi awam atau swasta, yurannya sahaja
boleh menjadi beban jika ibu bapa tidak membuat perancangan rapi.
Apatah lagi kos pembelajaran di luar negara. Inilah sebabnya ibu bapa
perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau
pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal
agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti. Kita juga akan berasa
lebih puas hati apabila dapat membantu anak-anak kita menyambung
pelajaran dalam jurusan yang diminatinya tanpa risaukan kosnya.
Pelan Takaful
Apakah itu takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), kita memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan kita menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu.
Di antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
1. Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak kita di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
2. Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar
anak kita terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang
upaya atau kehilangan nyawa.
3. Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
4. Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
5. Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.
Merancang Dengan Pelan Yang Bijak
Jika belum ada perancangan, kita boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink. Melalui pelan bijak ini, kita boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah
satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk
menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk
anak kita.
Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak kita melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.
Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, pelan yang berpatutan
ini disediakan untuk anak kita seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga
fleksibel di mana kita boleh memilih sama ada pelan tersebut matang
apabila anak mencapai umur 25 tahun atau kita boleh melakukan
perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100
tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya kita membuat bayaran secara konsisten.
No comments:
Post a Comment