Bismillah.
Fakta penting yang ada di dalam laporan berita di atas:
1. 70% pesara mengahabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas bersara.
Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah di
antara 55-75 tahun.
2. Purata caruman KWSP
ialah RM 114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20
tahun selepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya cuma RM475
sebulan. Ini tidak mengambil kiraan sekiranya
pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSP utk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan serta perbelanjaan perubatan.
Rumusan kajian yang dilakukan oleh CitiBank mendapati bahawa:
- 60% rakyat Malaysia tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka
- Hanya 22% rakyat Malaysia mempunyai satu pelan persaraan sendiri
Apakah yang dimaksudkan dengan persaraan?
Persaraan adalah masa apabila kita tidak lagi memperoleh pendapatan
daripada gaji, sebaliknya akan bergantung kepada simpanan dalam
KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau
pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja
tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka kita semua harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan
apabila bersara.
Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, kita harus
mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan
dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa kita bekerja untuk 30
hingga 35 tahun, kita mesti memilih satu-satu skim persaraan dan
harus berkomited untuk mematuhi skim tersebut sehingga bersara.
Kita juga dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja
dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan kita mempunyai
pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia
masih muda, kita akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.
Di dalam merancang persaraan dengan jayanya, kita harus menetapkan
matlamat persaraan. Tabungan persaraan kita adalah jumlah simpanan
dan pelaburan yang kita kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan
yang ingin dinikmati.
Terdapat 3 mitos yang berkaitan dengan persaraan. Antaranya ialah:
1. Saya tidak memerlukan wang yang banyak apabila bersara, berbanding dengan pendapatan saya sekarang.
Ini bergantung kepada gaya hidup yang kita ingin nikmati serta
kesihatan diri semasa bersara. Sekiranya kita ingin mengekalkan gaya
hidup sama atau tidak banyak berkurangan daripada sekarang, maka
tabungan dan pelaburan harus lebih tinggi. Tambahan pula, kemungkinan
besar kos kesihatan kita akan lebih tinggi daripada sekarang. Kita mesti
mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar bil-bil hospital.
2. Saya tidak perlu bimbang dengan simpanan persaraan saya. Berdasarkan stastik, hayat hidup lelaki adalah sehingga 72 tahun. Sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun, maka kita memerlukan tabungan untuk lebih 17 tahun tanpa gaji yang tetap. Maka perancangan yang teliti adalah perlu.
3. Saya akan mula merancang bila hampir-hampir bersara. Pada masa sekarang, biar saya guna duit untuk perkara-perkara lain. Jelas daripada contoh mengira pulangan berdasar bunga kompoun di atas, maka lebih awal kita menyimpan, maka kita bukan sahaja mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila berumur 55, malah jumlah yang kita laburkan adalah lebih rendah.
2. Saya tidak perlu bimbang dengan simpanan persaraan saya. Berdasarkan stastik, hayat hidup lelaki adalah sehingga 72 tahun. Sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun, maka kita memerlukan tabungan untuk lebih 17 tahun tanpa gaji yang tetap. Maka perancangan yang teliti adalah perlu.
3. Saya akan mula merancang bila hampir-hampir bersara. Pada masa sekarang, biar saya guna duit untuk perkara-perkara lain. Jelas daripada contoh mengira pulangan berdasar bunga kompoun di atas, maka lebih awal kita menyimpan, maka kita bukan sahaja mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila berumur 55, malah jumlah yang kita laburkan adalah lebih rendah.
Bagaimana PruBSN Takafulink boleh membantu kita menambahkan jumlah simpanan persaraan?
1. Kos rawatan perubatan kita akan ditangung sepenuhnya oleh PruBSN menggunakan Medical Card dengan had seumur hidup sehingga RM 750,000. Adakah kita mampu menyimpan wang sendiri setiap tahun untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM 700,000 sebagai simpanan perubatan kita?
2. Simpanan kita akan diteruskan oleh PruBSN sehingga kita berumur 80 tahun sekiranya kita hilang upaya kekal, lumpuh atau disahkan mendapat penyakit kritikal. Selain itu kita juga akan mendapat pampasan yang tinggi bila mengalami musibah tadi. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada kita dan keluarga kita apabila kita disahkan lumpuh dan dibuang kerja namun tiada perlindungan TAKAFUL?
3. Adanya pampasan kematian setelah kita meninggal dunia. Pampasan inilah yang dapat menampung perbelanjaan isteri dan anak-anak kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan pendidikan mereka.
4. Kadar pulangan pelaburan yang tinggi. Graf di bawah menunjukkan prestasi dana ekuiti dan dana urus sehingga bulan September 2012. Kadar pulangan pelaburan dana ekuiti ialah sebanyak 29%. Ini bermaksud jika sepanjang tahun ini kita menyimpan duit kita sebanyak RM 10,000 maka pulangan yang kita akan dapat ialah RM 12,900. Oleh itu, kita wajib meneruskan simpanan kita di PruBSN untuk tempoh yang panjang agar kita dapat bersara dengan gembira kelak.
No comments:
Post a Comment