Dari segi statistik, wanita dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki. Lelaki secara puratanya dijangka hidup sehingga 70 tahun berbanding wanita iaitu 72 tahun.
Memang tidak dinafikan wanita kini berada dalam keadaan kesihatan yang lebih baik dan jangka hayat pun lebih lama.
Namun begitu, kehidupan wanita seharian masih terdedah pada risiko gangguan kesihatan. Corak penyakit pula berubah mengikut peringkat umur sehingga risiko maksimum iaitu pada permulaan Menopaus iaitu pada usia 50 tahun ke atas.
Berikut faktor-faktor yang menyumbang pada risiko kesihatan di kalangan wanita.
1. Keadaan persekitaran yang berbeza berbanding zaman dahulu. Alam kita kini dicemari oleh unsur-unsur seperti asap, bahan kimia, racun, x-ray dan sebagainya. Ini menyebabkan kemerosotan kesihatan beransur-ansur.
2. Gaya hidup yang lebih moden mempengarhui tabiat pemakanan serta pengambilan makanan. Akibat mengejar masa, makanan wanita sekarang tidak seimbang. Pelbagai jenis makanan segera menjadi pilihan. Akibatnya, semakin ramai wanita menderita penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, dan obesiti.
3. Disebabkan oleh perlumbaan menaiki tangga kerjaya, wanita didedahkan pada tekanan fizikal dan mental. Seterusnya, penyakit-penyakit moden yang dikaitkan dengan tekanan seperti migrain, hipertensi, ulser gastrik, gangguan haid dan ketidaksuburan kini menjadi lumrah.
4. Kehamilan dan proses kelahiran anak juga adalah penyebab keadaan kesihatan yang kurang baik.
"Puan Nurul
sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun tetapi masih belum
dikurniakan cahaya mata, Suaminya berniaga kecil-kecilan, cukup bagi
membayar belanja dapur sahaja. Puan Nurul pula bekerja sebagai guru bagi
menampung hidup keluarga. Suatu hari beliau merasa sakit
berdenyut-denyut pada bahagian pinggang. Beliau cuma menyapu minyak urut
dan memakan pil.
Selang beberapa bulan, kesakitannya datang tiba-tiba pada waktu malam menyebabkan Puan Nurul terpaksa dibawa ke klinik berdekatan. Pada mulanya doktor menyangka ia appendiks biasa yang memerlukan
pembedahan. Puan Nurul dipindahkan ke hospital swasta yang berdekatan. Semasa
pemeriksaan doktor mengesyaki sesuatu yang lebih meruncing. Hasilnya
uji kaji makmal yang lebih terperinci dilakukan. Puan Nurul disahkan
menghidap kanser usus.
Puan Nurul
terpaksa menjalani rawatan susulan dan terpaksa mengambil cuti sakit
yang panjang. Suami yang diharapkan sebagai pelindung menghilang diri
selepas sebulan kerana tidak tertanggung beban bayaran bil rawatan.
Nasib baik ada ibu tua yang sanggup menjaganya. Pada suatu hari, Puan
Nurul menerima sms daripada suaminya. Sms yang akhirnya dibasahi air
mata seorang isteri yang sudah jatuh ditimpa tangga. Suaminya
menceraikannya kerana sudah bertemu pengganti yang dapat memberi
kepuasan rohani dan jasmani."
Adakah sekiranya Puan Nurul mempunyai pelan takaful, penceraian tidak akan berlaku? Mungkin ya dan mungkin tidak. Apa yang pasti, dengan adanya medical card, beliau mampu mendapatkan rawatan terbaik selain berdoa sahaja.
5 sebab mengapa wanita memerlukan polisi takaful dan medical card.
1. Membalas jasa ibu bapa. Seorang anak perempuan yang terhutang budi pasti tidak mahu membebankan ibu bapanya dengan belanja perubatan ataupun kos menanggung sara hidup apabila berlakunya hilang upaya kepada si anak. Sudah banyak duit serta keringat dikeluarkan ibu bapa tanpa mengharapkan pembalasan. Ibu bapa juga semakin hari semakin tua.
2. Menjaga kepentingan diri. Semakin meningkat umur, semakin tinggi wanita menghidapi pelbagai penyakit berbahaya. Wang kecemasan seperti ini lebih baik diambil daripada tabung syarikat takaful berbanding wang simpanan ataupun harta.
3. Kemungkinan hidup lama. Akibat kemajuan perubatan, ada kemungkinan wanita hidup lebih lama. Sekiranya umur panjang sehingga selepas bersara, bagaimana hendak menampung hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada anak-anak? Perancangan persaraan yang bergantung pada pencen kerajaan ataupun KWSP sudah pasti tidak mencukupi. Sukar perancangan persaraan dimulakan ketika hampir waktu bersara. Jika bermula awal semasa muda, cerun lebih senang didaki. Simpanan bulanan yang diperlukan juga lebih kecil.
4. Bekalan dana untuk anak-anak. Mungkin pada awalnya tujuan adalah bagi simpanan pada hari tua. Tetapi di zaman sekarang belanja pendidikan tinggi semakin meningkat sehingga pinjaman ataupun biasiswa pun belum mencukupi. Jika pun bukan bagi pendidikan tinggi, simpanan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan anak sekiranya takaful perubatan mereka tidak mencukupi.
5. Melindungi kewangan suami. Wanita yang bergantung pada suami yang berada biasanya terperangkap dalam gaya hidup selesa. Bagaimana jika suami meninggal dunia terlebih dahulu ataupun hilang upaya akibat sakit? Siapa lagi yang hendak membayar hutang ataupun menggantikan nafkah bulanan?
No comments:
Post a Comment