1. Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Namun kita hanya sekadar mendengar tetapi tidak menghayatinya.
2. Samalah juga dengan Sediakan Payung Sebelum Hujan,
kita tidak akan faham maksud tersirat di dalam ungkapan ini
sehinggalah suatu kejadian malang berlaku kepada kita. Selalunya
kemalangan berlaku tanpa kita menduga dan dalam keadaan yang tidak
disangka-sangka.
3. Yang pasti "MALANG" tetap akan berlaku walau sedaya manapun kita mahu menolaknya jika sudah ditentukan olehNYA.
4. Kemalangan boleh terjadi di dalam banyak bentuk dan di mana-mana sahaja. Kemalangan di jalan raya merupakan salah satu darinya. Diberhentikan kerja juga satu kemalangan. Kemalangan di tempat kerja satu lagi perkara yang sering berlaku. Selalu juga kita terbaca di akhbar mereka yang terpaksa meminta pertolongan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat SAKIT KRONIK.
Ini juga satu kemalangan. Kita tidak tahu bilakah kita akan ditimpa
kemalangan. Kita tidak mempunyai bola kristal untuk meramal masa depan
kita.
5. Sudahlah ditimpa kemalangan, isteri dan anak pula terpaksa menerima padah apabila tidak ada PENDAPATAN.
6.
Kita tidak suka bercakap berkenaan hal-hal "MALANG". Kita mengelak
berfikir mengenainya dan hasilnya kita tidak melakukan apa-apa PERSEDIAAN menghadapinya.
7. Kita juga sering merasakan kemalangan tidak berlaku pada kita. Ia
berlaku pada orang lain. Ini adalah tanggapan kebanyakan orang.
Tanggapan ini hanya akan berubah apabila kemalangan itu benar-benar berlaku kepada diri kita.
8. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah.
9. Kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Walaupun kemalangan kecil tetapi jika kita tidak bersedia, kesannya boleh menjadi besar.
10. Sebab itu kita disarankan mempunyai TAKAFUL. Secara mudahnya takaful adalah kaedah paling baik untuk kita berkongsi kos menanggung risiko.
11. Pelan Takaful yang lengkap ialah takaful yang mempunyai manfaat pampasan kematian, pampasan kecacatan, pampasan penyakit kritikal dan juga MEDICAL CARD.
12.
Bapa yang bekerja perlu mempunyai pelan takaful yang lengkap. Jika
apa-apa kemalangan berlaku yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja
ataupun menyebabkan kematian, takaful akan membantu mengurangkan beban kewangan anak dan isterinya.
13. MEDICAL CARD pula memberikan kita keselesaan dan perkhidmatan terbaik sekiranya ditakdirkan kita terlantar di hospital. Memang kita mempunyai hospital kerajaan yang semakin cekap. Tetapi sanggupkah kita menunggu untuk mendapatkan layanan? Hospital kerajaan terpaksa melayan ramai pesakit dengan jumlah kakitangan yang terhad.
14.
Jika kita menghadapi kecemasan, kita mahu layanan segera. Kita tidak
mahu menunggu. Dengan Medical Card juga kita boleh mendapat layanan
baik dari pihak hospital pakar tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos tambahan selain dari sumbangan takaful yang kita bayar pada setiap bulan.
15. Semuanya ditanggung oleh Prudential BSN Takaful.
Bayangkan jika kita tidak mempunyai MEDICAL CARD, terpaksalah kita
keluarkan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan kesihatan.
No comments:
Post a Comment