30 Mar 2013

Wanita dan Perlindungan Diri


Oleh : Nor Affizar Ibrahim

KEBELAKANGAN ini semakin banyak syarikat institusi kewangan dan insurans yang begitu ghairah serta berlumba-lumba memperkenalkan skim pelan perlindungan insurans khusus untuk wanita. Ini termasuklah, pelan perlindungan penyakit berkaitan wanita, perlindungan penyakit berjangkit, perlindungan kepada wanita terhadap jenayah dan keganasan rumah tangga menyebabkan kecederaan peribadi dan sebagainya.
Persoalannya perlukah wanita mengambil atau memiliki pelan insurans yang disarankan khusus kepada wanita seumpama itu? Malah, ada yang mulai keliru dan tertanya-tanya sejauh manakah penting atau apakah faedah diperoleh serta jaminannya jika mengambil pelan insurans dikhususkan kepada wanita. Selain itu, ada juga yang melihat, pelan insurans seperti itu hanya ingin mengambil kesempatan dan ‘jerat’ bagi meraih keuntungan oleh pihak tertentu.
Bagaimanapun, Pengurus Perunding Tekad Smart Planning Sdn Bhd, Azha Syazri Azizan,berpendapat kewujudan pelbagai pelan insurans khusus untuk wanita, secara tidak langsung melambangkan satu pengiktirafan kepada peranan penting yang dimainkan oleh wanita hari ini kerana mereka turut sama menyumbang sumber pendapatan untuk keperluan keluarga dan berkemampuan untuk membina masa depan mereka sendiri.
Beliau berkata, wanita sebenarnya mempunyai keperluan hidup yang berbeza daripada keperluan lelaki. Memandangkan kehidupan seorang wanita itu berlainan daripada lelaki, perancangan kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan uniknya.
“Perancangan itu termasuklah pengenalan pelan insurans istimewa, khusus untuk wanita saja, agar ia dapat memenuhi keperluan mereka. Antara keperluan wanita yang perlu diberi perhatian serius ialah wanita biasanya hidup lima hingga 10 tahun lebih lama daripada lelaki. Wanita juga didapati lebih cenderung menghidap penyakit berbanding lelaki, terutama selepas berumur 40-an.
“Selain itu, wanita lebih cenderung menjadi mangsa kepada gejala sosial seperti kes ragut, culik, rogol, bunuh dan rompakan, berbanding lelaki. Tiga faktor atau keperluan berkenaan menyebabkan produk insurans wanita direka khas untuk memenuhi keperluan hidup seorang wanita,” katanya.

Azha berkata, statistik menunjukkan ketika tua, satu pertiga wanita hidup seorang diri sama ada sebagai bujang, balu atau janda. Fakta juga mendapati, lebih 80 peratus penghuni rumah jagaan warga emas terdiri daripada wanita yang tidak berkemampuan untuk menyara hidup mereka sendiri kerana tiada simpanan persaraan atau pencen.
Selain itu, dianggarkan satu daripada 19 wanita Malaysia menghidap penyakit barah payu dara yang mana, lebih 45 peratus daripada pesakit berkenaan meninggal dunia selepas beberapa tahun. Setiap hari pula lebih 95 kes baru pesakit barah dilaporkan di Malaysia dan barah payu dara serta pangkal rahim mencatatkan peratusan paling tinggi.
Jenayah sosial seperti kes ragut, rompakan, rogol mahupun bunuh semakin meningkat dan wanita adalah mangsa utama bagi kebanyakan kes.
“Sudahlah wanita hidup lebih lama daripada lelaki, terpaksa pula menempuh hari tua tanpa suami di sisi. Untuk mengatasi masalah ini, ada insurans wanita yang menyediakan pilihan tambahan dengan memperkenalkan Akaun Simpanan Berkala (Regular-Saving Rider) agar mereka dapat membina tabung persaraan, di samping mendapat perlindungan insurans hayat. Akaun simpanan berkala ini hanya mengenakan caj servis sebanyak lima peratus saja berbanding pelan insurans lain yang mengenakan caj servis sekitar 60 hingga 90 peratus pada tahun pertama,” katanya.
MASALAH KESIHATAN
BELIAU berpendapat, wanita perlu mengutamakan insurans yang lebih berkaitan kepada kesihatan dan hilang keupayaan untuk bekerja kerana kos rawatan hospital serta kos sara hidup yang semakin mahal dari tahun ke tahun. Sama ada seseorang wanita itu perlu mengambil dua atau lebih skim insurans, ia bergantung kepada keadaan kewangannya dan bagaimana seseorang perunding insurans itu menyediakan pakej insurans untuknya.
Katanya, bagi yang mempunyai bajet kewangan agak ketat mungkin lebih baik mengambil satu polisi yang mempunyai kuantiti jumlah perlindungan insurans yang sederhana dan menambah satu atau dua polisi lagi apabila keadaan kewangannya bertambah baik bagi menambah jumlah perlindungan sedia.
“Individu tidak mempunyai bajet yang mencukupi untuk membeli dua atau lebih skim insurans pada satu masa perlu menentukan jenis bencana kewangan yang mana satukah yang menjadi tumpuan utamanya. Sebagai contoh, jika seseorang wanita itu risau akan kebajikannya dan kos rawatan hospital yang sangat mahal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan penyakit kewanitaan dan tanggung kos hospital.
“Tetapi jika dia lebih risaukan akan kebajikan diri dan anak-anaknya, terutama sekali makan minum keluarga jika dia hilang keupayaan untuk bekerja atau meninggal dunia lebih awal, maka dia perlu menumpukan kepada insurans wanita yang memberi kuantiti jumlah perlindungan yang lebih tinggi untuk perlindungan sumber pendapatan seperti akibat kematian awal, lumpuh keseluruhan, penyakit kritikal dan penyakit berkaitan wanita.
“Apa yang pasti, memiliki satu polisi terlebih dulu dan menambah polisi pada masa hadapan adalah jauh lebih baik daripada tidak mengambil apa-apa insurans,” katanya.
Bagaimanapun, dalam keadaan sumber kewangan adalah terhad, Azha menasihatkan wanita agar memilih pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan, berbanding pelan insurans jenis simpanan supaya mendapat kuantiti jumlah perlindungan insurans yang tinggi dengan caruman yang sangat rendah.
Mengenai bilakah masa sesuai untuk mula memikirkan mengambil insurans khusus penyakit berkaitan wanita, katanya, usia purata bagi seorang wanita menghidap penyakit serius seperti barah adalah 43 tahun. Ini bermakna, sekiranya usia wanita itu berumur kurang dari 43 tahun, perlu membuat persediaan dari awal apatah lagi penyakit juga boleh menyerang pada usia muda seperti belasan tahun. Hakikatnya, bersedia dari awal adalah lebih baik daripada menunggu umur 43 tahun.
PERLINDUNGAN JENAYAH
AZHA berkata, perlindungan terhadap jenayah sosial dan keganasan rumah tangga pula satu pilihan tambahan yang boleh dipertimbangkan oleh wanita yang risau akan kebajikan mereka apabila menjadi mangsa keadaan seumpama itu. Lebih-lebih lagi, aliran masa kini menunjukkan terdapat kenaikan mendadak bagi kes jenayah yang mensasarkan wanita sebagai mangsa utama.
Bagaimanapun, beliau menegaskan ia bukanlah satu jenis faedah insurans yang perlu diutamakan bagi semua wanita. Sama ada faedah insurans jenis itu diperlukan, individu perlu mengkaji gaya hidupnya terlebih dulu. Faedah insurans sebegitu lebih diperlukan oleh wanita yang sering keluar rumah seorang diri (terutama remaja dan pelajar) atau wanita yang gemar berkenalan atau mudah percaya dengan lelaki yang tidak dikenali (blind-date, bomoh atau pengunjung kelab malam).
Begitu juga wanita yang mempunyai pasangan bersikap panas-baran dan terlalu mengawal serta individu yang mempunyai paras rupa menarik dan golongan profesional yang berpendapatan tinggi. Ini kerana golongan seperti itu yang biasanya berisiko tinggi untuk menjadi mangsa jenayah sosial.
FAHAMI KEPERLUAN DIRI
KEBANYAKAN wanita di Malaysia yang mengambil skim insurans lebih menggemari pelan jenis simpanan, di mana sekiranya tidak ada apa-apa berlaku sehingga tempoh matang polisi, mereka akan mendapatkan semula caruman insurans yang sudah dibayar, berserta dengan pulangan pelaburan.
Azha Syazri Azizan berkata, senario itu berlaku kerana kebanyakannya tiada pengetahuan mengenai produk insurans dan kerap menganggap, pelan insurans jenis perlindungan tanpa simpanan (bayaran hangus) sebagai satu kerugian jika tiada tuntutan dilakukan.
Katanya, individu harus ketahui bahawa tidak kira pelan insurans itu berbentuk simpanan atau perlindungan semata-mata, caj insurans yang dikenakan tetap hangus (tidak dikembalikan) kerana ia digunakan bagi membentuk tabung pampasan peserta.
Cuma apabila individu memilih pelan insurans berbentuk simpanan, mereka terpaksa membayar empat hingga lima kali ganda lebih mahal daripada pelan jenis perlindungan yang menawarkan faedah insurans sama dan terpaksa mengikut syarat sudah ditetapkan oleh syarikat insurans itu seperti caj khidmat, syarat pengeluaran awal dan sebagainya.
“Bagi wanita yang ingin membeli insurans, anda perlu merujuk kepada perunding insurans yang profesional dan terlatih, berbanding ejen insurans yang lebih gemar mempromosikan produk melalui gimik jualan. Ini kerana, perunding insurans profesional biasanya akan membuat kaji selidik mengenai diri dan keperluan kewangan pelanggan terlebih dulu sebelum mencadangkan apa juga jenis insurans.
“Dengan melakukan kaji selidik mendalam, barulah perunding insurans itu dapat mengenalpasti jenis bencana kewangan yang akan dihadapi dalam kehidupan pelanggan dan berupaya untuk mencadangkan pelan bersesuaian bagi mengatasi masalah kewangan itu. Sebaliknya, tanpa kaji selidik mengenai keperluan kewangan, pelanggan mungkin akan terpedaya dengan gimik jualan dan terbeli pelan insurans yang bukan saja tidak memenuhi keperluan hidupnya, malah dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan insurans yang terlalu rendah berbanding keperluan hidup sebenar,” katanya.
Azha berkata, untuk memilih dan membeli insurans yang terbaik pula ia bukanlah bersandar pada nama atau status syarikat tertentu sama ada tempatan atau antarabangsa, konvensional mahupun takaful serta kemampuan sesebuah produk insurans untuk ‘menyumbat’ semua faedah dalam satu pelan misalnya, tujuh dalam satu dan sebagainya.
Sebaliknya, beliau percaya insurans terbaik adalah polisi yang dapat memenuhi keperluan kewangan individu ketika berlaku bencana kewangan dan dibeli dalam kuantiti jumlah perlindungan yang mencukupi untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Tidak kira sama ada disediakan dalam satu pelan atau didatangkan dalam pakej dengan beberapa polisi lain.
Mengulas mengenai sesetengah kes dalam membuat tuntutan insurans, ada yang tidak mendapat manfaat sepatutnya seperti mana digembar-gemburkan, Azha berkata, ada kala ia berpunca daripada tindakan ejen insurans tidak beretika ketika melakukan penjualan.
“Apabila tuntutan ditolak oleh syarikat insurans mungkin ada sesuatu yang tidak kena atau menimbulkan persoalan. Ini termasuklah berkemungkinan, ejen melakukan penipuan atau mengada-adakan faedah yang tidak wujud dalam pelan. Selain itu ia juga boleh berpunca daripada sikap peserta insurans yang enggan meneliti atau memahami isi kandungan polisi insurans mereka, terutama dari segi syarat jaminan, skop perlindungan dan syarat tuntutan.
“Sikap negatif seperti suka menyembunyikan fakta penting atau berbohong ketika membuat permohonan insurans juga antara penyebab utama mengapa tuntutan insurans ditolak. Sebarang maklumat penting yang disembunyikan daripada syarikat insurans ketika proses kelulusan, akan menjejaskan kesahihan kontrak dan boleh menyebabkan polisi insurans terbatal, walaupun ia sudah berbayar lebih dari dua tahun,” katanya.

Suami Bukan Pelan Persaraan Wanita


RAMAI wanita beranggapan suami adalah teman sehidup semati, tempat bermanja dan bergantung segala-galanya. Suatu anggapan yang ideal untuk pasangan yang melayari bahtera perkahwinan.

Namun setiap wanita juga harus bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan kerana setiap pelayaran pasti tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan.

Suatu fenomena yang mungkin menyentuh sukma seorang wanita, tetapi merupakan hakikat yang perlu diterima ialah lazimnya jangka masa bekerja bagi seorang wanita lebih singkat dan pendapatan yang diperolehi juga agak kurang berbanding lelaki sepanjang hayatnya.



Namun, wanita didapati menikmati kehidupan lebih lama dari kaum lelaki. Jangka hayat wanita Malaysia adalah 79 tahun berbanding lelaki 75 tahun.

Justeru, kaum wanita kena merancang persaraan yang lebih panjang dengan sumber pendapatan yang terhad.

Data 2007 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan penyumbang wanita memiliki purata simpanan sejumlah RM84,955.62 ketika mencapai usia persaraan 55 tahun, RM47,584 lebih rendah daripada purata penyumbang KWSP negara yang mencecah RM132,539.782.

Jika seseorang wanita bersara pada usia 55 tahun dan meneruskan kehidupan sehingga 79 tahun, dia cuma ada RM283.15 sebulan untuk dibelanjakan jika hanya KWSP menjadi tempat bergantung.

Situasi ini tentu tidak menyenangkan di mana tahap pendapatannya berada di bawah garis kemiskinan iaitu RM750 sebulan. Tambahan pula pendapatan RM283.25 sebulan untuk tempoh 25 tahun belum mengambil kira faktor inflasi boleh menjejaskan simpanan dan kualiti hidup.

Kenapa wanita agak ketinggalan untuk menyimpan?

Seorang wanita lazimnya mempunyai anak semasa berada di puncak kerjayanya. Ada yang memilih untuk tinggal di rumah menjaga kebajikan anak-anak dan keluarga. Ini secara tidak langsung membantutkan sumbangan KWSP mereka.

Tanpa sumber pendapatan, wanita juga tidak berupaya menyimpan secukupnya. Walaupun jika mereka kembali bekerja selepas anak-anak membesar, tahun-tahun yang ditinggalkan bermakna mereka terpaksa kembali ke tahap yang sama seperti sebelum mereka berhenti kerja.

Atau lebih ketara lagi, kemahiran mereka juga mungkin tidak secekap dahulu. Ini menyebabkan mereka terus ketinggalan dalam kerjaya, gaji dan simpanan.

Wanita juga lumrahnya menggunakan simpanan untuk membantu ahli keluarga yang memerlukan dan menganggap keperluan keluarga lebih utama daripada peribadi.

Wanita yang berkahwin juga biasanya menyerahkan bulat-bulat tugas pengurusan kewangan kepada suami yang dikasihi.

Kaum lelaki lebih cenderung untuk menjaga kewangan jangka panjang manakala kaum wanita pula secara amnya lebih menumpukan kepada bajet harian.

Si isteri mungkin menyerahkan tugas merancang persaraan kepada suami mereka dan ini boleh menyebabkan pelan kewangannya yang tidak menentu.

Sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

17 Dec 2012

Membina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful PruBSN Smartlink



Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk kita tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga. Simpanan yang dibuat itu pula perlulah mengikut kemampuan supaya konsisten dan mendapat manfaat yang dijanjikan.

Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. Pendidikan inilah yang mesti kita berikan kepada anak-anak agar mereka mendapat ilmu pengetahuan yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan alam dewasa sebaik mungkin. Tetapi harus diingat, dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita perlu menabung.  Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012). Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.

Tidak kira institusi pendidikan tinggi awam atau swasta, yurannya sahaja boleh menjadi beban jika ibu bapa tidak membuat perancangan rapi. Apatah lagi kos pembelajaran di luar negara. Inilah sebabnya ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti. Kita juga akan berasa lebih puas hati apabila dapat membantu anak-anak kita menyambung pelajaran dalam jurusan yang diminatinya tanpa risaukan kosnya.

Pelan Takaful

Apakah itu takaful? Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru), kita memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan kita menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu. 

Di antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:

1. Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak kita di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
2. Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak kita terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
3. Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
4. Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
5. Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan.

Merancang Dengan Pelan Yang Bijak

Jika belum ada perancangan, kita boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink. Melalui pelan bijak ini, kita boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak kita.

Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak kita melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM100 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak kita seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana kita boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak  mencapai umur 25 tahun atau kita boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya kita membuat bayaran secara konsisten.

16 Dec 2012

Kenapa Menjadi Miskin Selepas Bersara?

Bismillah.

Fakta penting yang ada di dalam laporan berita di atas:

1. 70% pesara mengahabiskan semua wang KWSP mereka dalam tempoh tiga tahun selepas bersara. Ramai pesara risau kerana kehilangan sumber pendapatan selepas bersara. Purata jangka hayat rakyat Malaysia adalah di antara 55-75 tahun.
 
2. Purata caruman KWSP ialah RM 114,000 seorang. Sekiranya seorang pesara terus hidup sihat 20 tahun selepas bersara, pendapatan yang akan diterimanya cuma RM475 sebulan. Ini tidak mengambil kiraan sekiranya pesara itu telah mengeluarkan lebih awal caruman KWSP utk tujuan perbelanjaan atau pembelian aset-aset yang merugikan serta perbelanjaan perubatan.

Rumusan kajian yang dilakukan oleh CitiBank mendapati bahawa:
  • 60%  rakyat Malaysia tidak yakin dengan simpanan persaraan mereka
  • Hanya 22% rakyat Malaysia mempunyai satu pelan persaraan sendiri
Apakah yang dimaksudkan dengan persaraan?

Persaraan adalah masa apabila kita tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka kita semua harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan  apabila bersara.

Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, kita harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa kita bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, kita mesti memilih satu-satu skim persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi skim tersebut sehingga bersara.

Kita juga dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan kita mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, kita akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Di dalam merancang persaraan dengan jayanya, kita harus menetapkan matlamat persaraan. Tabungan persaraan kita adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang kita kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang ingin dinikmati.

Terdapat 3 mitos yang berkaitan dengan persaraan. Antaranya ialah: 

1.  Saya tidak memerlukan wang yang banyak apabila bersara, berbanding dengan pendapatan saya sekarang. Ini bergantung kepada gaya hidup yang kita ingin nikmati serta kesihatan diri semasa bersara. Sekiranya kita ingin mengekalkan gaya hidup sama atau tidak banyak berkurangan daripada sekarang, maka tabungan dan pelaburan harus lebih tinggi. Tambahan pula, kemungkinan besar kos kesihatan kita akan lebih tinggi daripada sekarang. Kita mesti mempunyai kewangan yang cukup untuk membayar bil-bil hospital. 

2.  Saya tidak perlu bimbang dengan simpanan persaraan saya. Berdasarkan stastik, hayat hidup lelaki adalah sehingga 72 tahun.  Sekiranya kita bersara pada umur 55 tahun, maka kita memerlukan tabungan untuk lebih 17 tahun tanpa gaji yang tetap. Maka perancangan yang teliti adalah perlu. 

3.  Saya akan mula merancang bila hampir-hampir bersara. Pada masa sekarang, biar saya guna duit untuk perkara-perkara lain.  Jelas daripada contoh mengira pulangan berdasar bunga kompoun di atas, maka lebih awal kita menyimpan, maka kita bukan sahaja mendapat pulangan yang lebih tinggi apabila berumur 55,  malah jumlah yang kita laburkan adalah lebih rendah.




Bagaimana PruBSN Takafulink boleh membantu kita menambahkan jumlah simpanan persaraan?

1. Kos rawatan perubatan kita akan ditangung sepenuhnya oleh PruBSN menggunakan Medical Card dengan had seumur hidup sehingga RM 750,000. Adakah kita mampu menyimpan wang sendiri setiap tahun untuk mendapatkan jumlah sebanyak RM 700,000 sebagai simpanan perubatan kita?

2.  Simpanan kita akan diteruskan oleh PruBSN sehingga kita berumur 80 tahun sekiranya kita hilang upaya kekal, lumpuh atau disahkan mendapat  penyakit kritikal. Selain itu kita juga akan mendapat pampasan yang tinggi bila mengalami musibah tadi. Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada kita dan keluarga kita apabila kita disahkan lumpuh dan dibuang kerja namun tiada perlindungan TAKAFUL?

3.  Adanya pampasan kematian setelah kita meninggal dunia. Pampasan inilah yang dapat menampung perbelanjaan isteri dan anak-anak kita untuk meneruskan kehidupan mereka dan pendidikan mereka.

4.  Kadar pulangan pelaburan yang tinggi. Graf di bawah menunjukkan prestasi dana ekuiti dan dana urus sehingga bulan September 2012. Kadar pulangan pelaburan dana ekuiti ialah sebanyak 29%. Ini bermaksud jika sepanjang tahun ini kita menyimpan duit kita sebanyak RM 10,000 maka pulangan yang kita akan dapat ialah RM 12,900. Oleh itu, kita wajib meneruskan simpanan kita di PruBSN untuk tempoh yang panjang agar kita dapat bersara dengan gembira kelak.








 

14 Dec 2012

Kenapa Wanita Memerlukan Takaful dan Medical Card?

Dari segi statistik, wanita dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki. Lelaki secara puratanya dijangka hidup sehingga 70 tahun berbanding wanita iaitu 72 tahun.

Memang tidak dinafikan wanita kini berada dalam keadaan kesihatan yang lebih baik dan jangka hayat pun lebih lama.

Namun begitu, kehidupan wanita seharian masih terdedah pada risiko gangguan kesihatan. Corak penyakit pula berubah mengikut peringkat umur sehingga risiko maksimum iaitu pada permulaan Menopaus iaitu pada usia 50 tahun ke atas.

Berikut faktor-faktor yang menyumbang pada risiko kesihatan di kalangan wanita.

1. Keadaan persekitaran yang berbeza berbanding zaman dahulu. Alam kita kini dicemari oleh unsur-unsur seperti asap, bahan kimia, racun, x-ray dan sebagainya. Ini menyebabkan kemerosotan kesihatan beransur-ansur.
2. Gaya hidup yang lebih moden mempengarhui tabiat pemakanan serta pengambilan makanan. Akibat mengejar masa, makanan wanita sekarang tidak seimbang. Pelbagai jenis makanan segera menjadi pilihan. Akibatnya, semakin ramai wanita menderita penyakit seperti kencing manis, sakit jantung, dan obesiti.
3. Disebabkan oleh perlumbaan menaiki tangga kerjaya, wanita didedahkan pada tekanan fizikal dan mental. Seterusnya, penyakit-penyakit moden yang dikaitkan dengan tekanan seperti migrain, hipertensi, ulser gastrik, gangguan haid dan ketidaksuburan kini menjadi lumrah.
4. Kehamilan dan proses kelahiran anak juga adalah penyebab keadaan kesihatan yang kurang baik.

   "Puan Nurul sudah mendirikan rumah tangga selama lima tahun tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, Suaminya berniaga kecil-kecilan, cukup bagi membayar belanja dapur sahaja. Puan Nurul pula bekerja sebagai guru bagi menampung hidup keluarga.  Suatu hari beliau merasa sakit berdenyut-denyut pada bahagian pinggang. Beliau cuma menyapu minyak urut dan memakan pil.

   Selang beberapa bulan, kesakitannya datang tiba-tiba pada waktu malam menyebabkan Puan Nurul  terpaksa dibawa ke klinik berdekatan. Pada mulanya doktor menyangka ia appendiks biasa yang memerlukan pembedahan. Puan Nurul dipindahkan ke hospital swasta yang berdekatan. Semasa pemeriksaan doktor mengesyaki sesuatu yang lebih meruncing. Hasilnya uji kaji makmal yang lebih terperinci dilakukan. Puan Nurul disahkan menghidap kanser usus.

   Puan Nurul terpaksa menjalani rawatan susulan dan terpaksa mengambil cuti sakit yang panjang. Suami yang diharapkan sebagai pelindung menghilang diri selepas sebulan kerana tidak tertanggung beban bayaran bil rawatan. Nasib baik ada ibu tua yang sanggup menjaganya. Pada suatu hari, Puan Nurul menerima sms daripada suaminya. Sms yang akhirnya dibasahi air mata seorang isteri yang sudah jatuh ditimpa tangga. Suaminya menceraikannya kerana sudah bertemu pengganti yang dapat memberi kepuasan rohani dan jasmani."

Adakah sekiranya Puan Nurul mempunyai pelan takaful, penceraian tidak akan berlaku? Mungkin ya dan mungkin tidak. Apa yang pasti, dengan adanya medical card, beliau mampu mendapatkan rawatan terbaik selain berdoa sahaja.

5 sebab mengapa wanita memerlukan polisi takaful dan medical card.

1. Membalas jasa ibu bapa. Seorang anak perempuan yang terhutang budi pasti tidak mahu membebankan ibu bapanya dengan belanja perubatan ataupun kos menanggung sara hidup apabila berlakunya hilang upaya kepada si anak. Sudah banyak duit serta keringat dikeluarkan ibu bapa tanpa mengharapkan pembalasan. Ibu bapa juga semakin hari semakin tua.
 2. Menjaga kepentingan diri. Semakin meningkat umur, semakin tinggi wanita menghidapi pelbagai penyakit berbahaya. Wang kecemasan seperti ini lebih baik diambil daripada tabung syarikat takaful berbanding wang simpanan ataupun harta.
3. Kemungkinan hidup lama. Akibat kemajuan perubatan, ada kemungkinan wanita hidup lebih lama. Sekiranya umur panjang sehingga selepas bersara, bagaimana hendak menampung hidup tanpa bergantung sepenuhnya pada anak-anak? Perancangan persaraan yang bergantung pada pencen kerajaan ataupun KWSP sudah pasti tidak mencukupi. Sukar perancangan persaraan dimulakan ketika hampir waktu bersara. Jika bermula awal semasa muda, cerun lebih senang didaki. Simpanan bulanan yang diperlukan juga lebih kecil.
4. Bekalan dana untuk anak-anak. Mungkin pada awalnya tujuan adalah bagi simpanan pada hari tua. Tetapi di zaman sekarang belanja pendidikan tinggi semakin meningkat sehingga pinjaman ataupun biasiswa pun belum mencukupi. Jika pun bukan bagi pendidikan tinggi, simpanan dapat digunakan untuk membayar kos perubatan anak sekiranya takaful perubatan mereka tidak mencukupi.
5. Melindungi kewangan suami. Wanita yang bergantung pada suami yang berada biasanya terperangkap dalam gaya hidup selesa. Bagaimana jika suami meninggal dunia terlebih dahulu ataupun hilang upaya akibat sakit? Siapa lagi yang hendak membayar hutang ataupun menggantikan nafkah bulanan?

11 Dec 2012

MALANG TIDAK BERBAU


1. Malang tidak berbau. Itulah ungkapan yang sering kita dengar. Namun kita hanya sekadar mendengar tetapi tidak menghayatinya.

2. Samalah juga dengan Sediakan Payung Sebelum Hujan, kita tidak akan faham maksud tersirat di dalam ungkapan ini sehinggalah suatu kejadian malang berlaku kepada kita. Selalunya kemalangan berlaku tanpa kita menduga dan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.

3. Yang pasti "MALANG" tetap akan berlaku walau sedaya manapun kita mahu menolaknya jika sudah ditentukan olehNYA.

4. Kemalangan boleh terjadi di dalam banyak bentuk dan di mana-mana sahaja. Kemalangan di jalan raya merupakan salah satu darinya. Diberhentikan kerja juga satu kemalangan. Kemalangan di tempat kerja satu lagi perkara yang sering berlaku. Selalu juga kita terbaca di akhbar mereka yang terpaksa meminta pertolongan kerana tidak mempunyai pekerjaan akibat SAKIT KRONIK. Ini juga satu kemalangan. Kita tidak tahu bilakah kita akan ditimpa kemalangan. Kita tidak mempunyai bola kristal untuk meramal masa depan kita.

5. Sudahlah ditimpa kemalangan, isteri dan anak pula terpaksa menerima padah apabila tidak ada PENDAPATAN.

6. Kita tidak suka bercakap berkenaan hal-hal "MALANG". Kita mengelak berfikir mengenainya dan hasilnya kita tidak melakukan apa-apa PERSEDIAAN menghadapinya.

7. Kita juga sering merasakan kemalangan tidak berlaku pada kita. Ia berlaku pada orang lain. Ini adalah tanggapan kebanyakan orang. Tanggapan ini hanya akan berubah apabila kemalangan itu benar-benar berlaku kepada diri kita.

8. Bak kata pepatah, sudah terhantuk baru nak terngadah.



9. Kemalangan boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Walaupun kemalangan kecil tetapi jika kita tidak bersedia, kesannya boleh menjadi besar.

10. Sebab itu kita disarankan mempunyai TAKAFUL. Secara mudahnya takaful adalah kaedah paling baik untuk kita berkongsi kos menanggung risiko.

11. Pelan Takaful yang lengkap ialah takaful yang mempunyai manfaat pampasan kematian, pampasan kecacatan, pampasan penyakit kritikal dan juga MEDICAL CARD.

12. Bapa yang bekerja perlu mempunyai pelan takaful yang lengkap. Jika apa-apa kemalangan berlaku yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja ataupun menyebabkan kematian, takaful akan membantu mengurangkan beban kewangan anak dan isterinya.

13. MEDICAL CARD pula memberikan kita keselesaan dan perkhidmatan terbaik sekiranya ditakdirkan kita terlantar di hospital. Memang kita mempunyai hospital kerajaan yang semakin cekap. Tetapi sanggupkah kita menunggu untuk mendapatkan layanan? Hospital kerajaan terpaksa melayan ramai pesakit dengan jumlah kakitangan yang terhad.

14. Jika kita menghadapi kecemasan, kita mahu layanan segera. Kita tidak mahu menunggu. Dengan Medical Card  juga kita boleh mendapat layanan baik dari pihak hospital pakar tanpa perlu mengeluarkan apa-apa kos tambahan selain dari sumbangan takaful yang kita bayar pada setiap bulan.

15. Semuanya ditanggung oleh Prudential BSN Takaful. Bayangkan jika kita tidak mempunyai MEDICAL CARD, terpaksalah kita keluarkan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan rawatan kesihatan.


24 Sept 2012

SENARAI HOSPITAL PANEL BUAT PEMILIK MEDICAL CARD

Assalamualaikum wbt.

Semoga Allah sentiasa memberikan kita semua kesihatan yang sempurna dan melindungi kita dari pelbagai penyakit yang merbahaya.

Prudential BSN Takaful menyediakan LEBIH DARI 66 buah HOSPITAL PANEL kepada pemilik  MEDICAL CARD mereka.

Berikut adalah senarai HOSPITAL PANEL Prudential BSN Takaful untuk memudahkan kita mendapat rawatan sekiranya ditimpa penyakit atau terlibat dengan kemalangan;


1) SELANGOR
  • AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL
  • KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL
  • PANTAI HOSPITAL KLANG
  • SRI KOTA MEDICAL CENTRE
  • ASSUNTA HOSPITAL
  • DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL
  • SUNWAY MEDICAL CENTER
  • COLUMBIA ASIA SDN BHD
  • KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL
  • DEMC SPECIALIST HOSPITAL
  • SIME DARBY MEDICAL CENTRE SUBANG JAYA
2) KUALA LUMPUR
  • PANTAI HOSPITAL KUALA LUMPUR Bukit Pantai
  • PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE
  • TUNG SHIN HOSPITAL
  • SENTOSA MEDICAL CENTRE
  • GLENEAGLES HOSPITAL KUALA LUMPUR
  • INSTITUT JANTUNG NEGARA
  • HOSPITAL PUSRAWI SDN BHD
  • TAWAKAL HOSPITAL
  • PRINCE COURT MEDICAL CENTRE
  • PANTAI HOSPITAL AMPANG
3) JOHOR
  • PANTAI HOSPITAL BATU PAHAT
  • PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (BATU PAHAT)
  • MEDICAL SPECIALIST CENTRE (JB) – WISMA MARIA
  • PUTERI SPECIALIST CENTER
  • JOHOR SPECIALIST HOSPITAL
  • KEMPAS MEDICAL CENTRE
  • PUSAT PAKAR KLUANG UTAMA
  • HOSPITAL PENAWAR – Pasir Gudang
4) PULAU PINANG
  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (SG ARA)
  • BAGAN SPECIALIST CENTRE
  • KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL BUKIT MERTAJAM
  • PANTAI MUTIARA HOSPITAL
  • PENANG ADVENTIST HOSPITAL
  • TANJUNG MEDICAL CENTRE
  • LOH GUAN LYE SPECIALIST CENTRE
  • GLENEAGLES MEDICAL CENTRE
  • LAM WAH EE HOSPITAL
  • HOPE CHILDREN HOSPITAL (FARLIM)
  • ISLAND HOSPITAL
5) MELAKA
  • MAHKOTA MEDICAL CENTRE
  • HOSPITAL PANTAI AYER KEROH
6) NEGERI SEMBILAN
  • NILAI CANCER INSTITUTE
  • SENAWANG SPECIALIST HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE S’BAN
  • SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL
  • NS CHINESE MATERNITY MEDICAL CENTRE
7) PERAK
  • PANTAI PUTRI IPOH
  • IPOH SPECIALIST HOSPITAL
  • FATIMAH HOSPITAL
  • COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE TAIPING
  • APOLLO MEDICAL CENTRE TAIPING
8) KEDAH
  • KEDAH MEDICAL CENTER
  • METRO SPECIALIST HOSPITAL SP
  • HOSPITAL PANTAI UTARA SUNGAI PETANI
9) KELANTAN
  • UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
  • KOTA BHARU MEDICAL CENTE
  • PERDANA SPECIALIST HOSPITAL
10) TERENGGANU
  • KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL
11) PAHANG
  • KUANTAN MEDICAL CENTRE
  • KUANTAN SPECIALIST HOSPITAL
12) SABAH
  • SABAH MEDICAL CENTRE
  • DAMAI SPECIALIST CENTRE
  • RAFFLESIA MEDICAL CENTRE
13) SARAWAK
  • NORMAH SPECIALIST MEDICAL CENTRE
  • KUCHING SPECIALIST HOSPITAL
  • TIMBERLAND MEDICAL CENTRE
  • COLUMBIA MEDICAL CENTRE MIRI
  • REJANG MEDICAL CENTRE SIBU
  • SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE




Jika tuan/puan masih belum memiliki MEDICAL CARD Prudential BSN Takaful, dapatkannya SEKARANG!

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi saya pada bila-bila masa:
Shahrul Azam
No H/P: 019-3529464
017-6224610
Wealth Planner
Prudential BSN Takaful